|
ANGKLUNG
Angklung Wariseni Budaya





Alat idiofon yang digoyang. Ianya diperbuat daripada pipa
ataupun tabung buluh yang terpilih. Sebuah Angklung lazimnya terdiri
dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang
dikenali sebagai 'ancak'. Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak
ataupun jeda satu oktaf di antara satu sama lain dan bagi Angklung
pengiring iaitu accompaniment, ianya perlu dilaras mengikut
kaedah 'trinada' (Tonic Triad) iaitu Do, Mi, So sama ada
dalam mode Major ataupun Minor. Permainan muzik
Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan atau solo untuk majlis
keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang dan 'Barungan'
yang mula berkembang di Johor.
|