|



PROGRAM MUZIK
ANGKLUNG
Program ini diujudkan khas untuk sekolah - sekolah rendah yang
berminat menubuhkan kumpulan muzik angklung. Ia merupakan satu
aktiviti ko-kurikulum atas inisiatif pihak sekolah.
Pakej yang ditawarkan meliputi pembelian satu set alat muzik
angklung yang terdiri daripada 26 buah angklung dan juga sesi
pembelajaran sebanyak 3 sesi iaitu selama 6 jam.
Jumlah pemain adalah seramai lebih kurang 13 hingga 26 orang di mana
bagi setiap satu pic akan dimainkan oleh seramai 2 atau 3 orang
mengikut oktaf. Tenaga pengajar terdiri daripada mereka yang
mempunyai kelulusan dan pengalaman di dalam bidang muzik.
Kumpulan angklung yang ditubuhkan oleh pihak sekolah akan
diketengahkan bakat mereka dengan diberi peluang mengadakan
persembahan pada majlis-majlis tertentu di luar sekolah.

BENGKEL MUZIK ANGKLUNG
Program bengkel muzik angklung diadakan khas untuk para individu
seperti guru muzik dan juga penggiat seni yang berminat. Para
perserta akan mengikuti bengkel selama 2 hari dengan
jumlah minima peserta adalah seramai 40 orang.
|